Page 1 of 1

SYARAT DAN PERATURAN KEAHLIAN MAOC

Posted: Tue Feb 07, 2017 9:37 am
by theALZA
SYARAT DAN PERATURAN KEAHLIAN MAOC

1.0 AHLI BEBAS DARI REKOD JENAYAH
1.1 TIDAK TERLIBAT DALAM KES JENAYAH.
1.2 BEBAS DARI KES DADAH DAN KETAGIHAN ALKOHOL.
1.3 BEKAS BANDUAN YANG BENAR-BENAR INSAF AKAN DIPERTIMBANGKAN.

2.0 MEMILIKI LESEN MEMANDU YANG SAH
2.1 AHLI DIWAJIBKAN MEMPUNYAI LESEN MEMANDU YANG SAH.
2.2 AHLI YANG TIDAK MEMPUNYAI LESEN MEMANDU DIGALAKKAN MENGAMBIL LESEN MEMANDU TERLEBIH DAHULU.

3.0 SEDIA MEMBERI KOMITMEN PADA KEHADIRAN MESYUARAT/TT KELAB
3.1 AHLI DIHARUSKAN HADIR MESYUARAT/TT BULANAN BAGI SEBARAN MAKLUMAT KELAB.
3.2 KEHADIRAN AKAN DIAMBIL SEBAGAI KOMITMEN TERHADAP KELAB.
3.3 AHLI-AHLI JUGA DILARANG MENGGANGGU PERJALANAN MESYUARAT KELAB DENGAN APA CARA SEKALIPUN. JIKA INI BERLAKU PRESIDEN DIBERI KUASA MENGUSIR MEREKA DARIPADA MENGHADIRI MESYUARAT TERSEBUT. AHLI-AHLI ADALAH DILARANG SAMA SEKALI MENGGUNAKAN WANG, HARTA KELAB ITU SENDIRI UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI.
3.4 AHLI DIKEHENDAKI HADIR PADA SETIAP PERJUMPAAN ATAU AKTIVITI YANG DIJALANKAN KECUALI JIKA ADA PERKARA/MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. AHLI DIKEHENDAKI HADIR TEPAT PADA MASA DALAM AKTIVITI/PERJUMPAAN YANG DIRANCANG/DITETAPKAN OLEH KELAB.

4.0 MENJAGA NAMA BAIK, IMEJ DAN RAHSIA KELAB
4.1 AHLI WAJIB MENJAGA NAMA BAIK, IMEJ DAN KERAHSIAAN KELAB.
4.2 SENTIASA MEMELIHARA ETIKA KELAB, MEMATUHI PERATURAN DAN SYARAT KELAB.
4.3 MEMBINCANGKAN SECARA TELUS KEPADA JAWATANKUASA KELAB ATAS APA JUA CADANGAN DAN KRITIKAN DEMI MENJAGA RAHSIA DAN NAMA KELAB.
4.4 KELAB TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DIATAS APA JUA URUSAN JUAL BELI SESAMA AHLI.JIKA TERDAPAT SEBARANG PENIPUAN BERLAKU, AHLI HENDAKLAH MENYELESAIKANNYA SENDIRI.
4.5 CENDERAHATI, AKSESORI, PRODUK BARANGAN, AKTIVITI DAN SEGALA ASPEK YANG BERKAITAN MYALZA OWNERS’ CLUB (MAOC) ADALAH TANGGUNGJAWAB MAOC SENDIRI. AHLI TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN NAMA MYALZA OWNERS’ CLUB (MAOC) UNTUK TUJUAN PERNIAGAAN TANPA USAHASAMA ATAU PERSETUJUAN MAOC. IANYA BERTUJUAN UNTUK MEMASTIKAN TIADA YANG MENGAUT KEUNTUNGAN DARI NAMA MAOC. KELAB BOLEH MENGELUARKAN SAMAN SESIAPA SAHAJA YANG MENGGUNAKAN NAMA KELAB UNTUK TUJUAN PERNIAGAAN TANPA PERSETUJUAN, USAHASAMA DAN PERBINCANGAN BERSAMA KELAB.
4.6 SEMUA AHLI TIDAK DIBENARKAN MENGELUARKAN KATA-KATA KESAT,MAKI HAMUN,MENGUTUK SESAMA SENDIRI DAN MENGELUARKAN KATA-KATA YANG BERBENTUK PROVOKASI TERHADAP SENSIVITI SESUATU ISU DAN BERBENTUK PERIBADI/PERKAUMAN.

5.0 MENARIK DIRI/BERUNDUR DARI KELAB HENDAKLAH
5.1 MANA-MANA AHLI YANG INGIN MENARIK DIRI/BERUNDUR DARI KELAB WAJIB MEMBERITAHUJAWATANKUASA KELAB.
5.2 AHLI YANG TELAH MENARIK DIRI WAJIB MENANGGALKAN STIKER KELAB DAN DISAHKAN OLEH JAWATANKUASA.
5.3 MANA-MANA AHLI YANG TELAH MENARIK DIRI/BERUNDUR DARI KELAB TIDAK DIBENARKAN MENJALANKAN APA-APA JUA AKTIVITI ATAS NAMA KELAB INI.
5.4 JIKA TERDAPAT AHLI INGIN KELUAR DARI KELAB, KEAHLIAN DAN SEGALA KEISTIMEWAAN AKAN DITARIK BALIK. WANG AHLI TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN. PENYINGKIRAN AHLI ADALAH TERTAKLUK KEPADA LEMBAGA TATATERTIB KELAB.
5.5 SEMUA AJK TERTINGGI YANG DILANTIK MELALUI MESYUARAT AGUNG KELAB. PEMILIK/AJK TERTINGGI/KETUA ZON, KELAB BOLEH MENARIK SEBARANG JAWATAN DALAM KELAB JIKA KUASA DISALAH GUNAKAN.

6.0 TANGGUNGJAWAB YANG DIAMANAHKAN OLEH KELAB
6.1 AHLI PERLU SENTIASA BERSEDIA DAN MEMBERI KOMITMEN YANG JITU DENGAN BERSEDIA MEMIKUL TANGGUNGJAWAB YANG DIBERIKAN SERTA MEMEGANG AMANAH KELAB.
6.2 DIPERINGATKAN !! SEGALA SALAH LAKU AHLI TERHADAP APA JUA KESALAHAN JENAYAH DAN LALULINTAS (TERUTAMA MEMANDU DIBAWAH PENGARUH DADAH/ALKOHOL. LUMBA HARAM) ADALAH TANGGUNGJAWAB INDIVIDU/AHLI SENDIRI DAN PERLU MEMBERI KETERANGAN KEPADA KELAB SEBAGAI MAKLUMAN DEMI MENJAGA NAMA BAIK KELAB.
6.3 KELAB TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA TERDAPAT AHLI TERLIBAT DALAM KEGIATAN LUAR SEPERTI LUMBA HARAM, PENGUBAHSUAIAN KERETA YANG TIDAK DIBENARKAN OLEH JPJ DAN SEBARANG PERKARA YANG BOLEH MENDATANGKAN KESAN BURUK KEPADA KELAB.
6.4 AHLI TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT SEBARANG AKTIVITI ATAU PERJUMPAAN YANG MENGGUNAKAN NAMA KELAB TANPA KEBENARAN DARI PRESIDEN/KETUA ZON MASING-MASING. INI KERANA,JIKA TIADA ALASAN YANG MUNASABAH AKTIVITI TERSEBUT DIADAKAN BERKEMUNGKINAN IANYA MEMBAWA KESAN NEGATIF TERHADAP MASYARAKAT, INI AKAN MENJEJASKAN NAMA KELAB. KELAB TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA BERLAKU KES-KES DILUAR JANGKAAN YANG MELIBATKAN NAMA KELAB.
6.5 SEMUA AKTIVITI-AKTIVITI YANG MELIBATKAN KERETA AHLI KELAB DI JALANAN ADALAH TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG.

•SEGALA PERATURAN DIATAS ADALAH UNTUK MEMASTIKAN KEBERKESANAN PERJALANAN DALAM KELAB INI DAN LEBIH TERSUSUN, SEMUA AHLI ADALAH TERTAKLUK PADA PERATURAN TERSEBUT.
•KAMI MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI JUTAAN TERIMA KASIH DIATAS KERJASAMA ANDA MEMATUHI PERATURAN-PERATURAN KELAB INI.