TUJUAN DAN MATLAMAT
1. Menyatukan/menghimpunkan pemilik dan peminat kereta Perodua ALZA yang tinggal di Malaysia;
2. Mengeratkan ikatan silaturahim dan semangat kekeluargaan sesama ahli dalam aktiviti sukan permotoran, kemasyarakatan dan rekreasi serta membina peribadi berhemah;
3. Mewujudkan kerjasama dan persefahaman di kalangan ahli melalui aktiviti-aktiviti kelab;
4. Memupuk budaya pemandu berhemah di jalanraya dan menghormati pengguna jalanraya yang lain;
5. Mengadakan aktiviti bersama dengan Kelab-kelab atau Pertubuhan-pertubuhan lain bagi meluaskan hubungan persahabatan ahli;
6. Memberi kemudahan kepada ahli seluruh Malaysia berhubung melalui laman web www.myalza.com.my;
7. Menjadi sebuah komuniti yang boleh membantu ahli dari segi bantuan teknikal dan servis kenderaan melalui hubungan dengan syarikat-syarikat permotoran;
8. Mengemukakan pendapat-pendapat dan perakuan-perakuan kepada kerajaan, badan-badan berkanun, penguasa-penguasa tempatan dan lain-lain agensi kerajaan mengenai hal berkaitan dengan sukan permotoran, aktiviti berkaitan kenderaan dan aktiviti khidmat sosial;
9. Mengajar ahli menjadi seorang pemimpin yang berdedikasi, disegani dan memimpin komuniti dengan adil dan saksama;
10. Membentuk sebuah komuniti yang kuat dan disegani oleh kelab permotoran lain;
TUJUAN DAN MATLAMAT
- theALZA
- Presiden
- Posts: 17
- Joined: Mon Jan 30, 2017 11:16 pm
- Location: Semenyih, SELANGOR
- Sex: Male
TUJUAN DAN MATLAMAT
ALZA SATU PERSAUDARAAN
Who is online
Users browsing this forum: No registered users and 1 guest